Baca ini:
Rakyat Malaysia Di Jakarta Diancam Dengan Buluh Runcing
By: Ramjit-->
JAKARTA, 8 Sept (Bernama) -- Jabatan Penuntut Malaysia di sini Selasa ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.
Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.
Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.
Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.
Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.-- BERNAMA
ok, sebelum ni saya malas nak sentuh isu msia-indo ni,
walaupun kat hospital saya sering disindir2 tentang isu 'malaysia maling' ni
saya tak marah semua indolah, sebab saya tau tak semua orang kurang waras macam yang kat atas tu....
(i've got nice & understanding indo friends, walaupun ada jugak yang turut menyindir, tapi saya pahamlah kenapa,)
but seriously, diorang ni takde keje lain ke asyik nak mencari salah orang lain,
saya tau diorang banyak masa lapang, apa kata gunakan masa terluang tu mencari kerja yang lebih berfaedah, seperti membantu mangsa gempa yang tinggal di penampungan tu, hehehe ;P
& to pemerintah malaysia, tolong jangan ambil 'sepele' isu di atas itu,
things are gonna be very very nasty there i told you....
saya tau hal terburuk is not impossible to happen in the near future, seriously diorang berani buat apa yang diorang cakap nak buat, seriously!
bak kata my friend kiera, takkan nak kene tunggu ada rakyat malaysia kena tetak baru nak buat sesuatu? haih~
to those malaysians who are still in indo, saya doakan kalian sentiasa di bawah perlindungan Yang Maha Esa, aminnnn
Tuesday, September 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment